WAWASAN
Membantu industri pembinaan untuk mencapai matlamat kerajaan dalam menjayakan WAWASAN 2020 dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti secara professional dalam bidang binaan dan ukur.
LATAR BELAKANG SYARIKAT
KURBINA ADVENTURE telah ditubuhkan pada Oktober 2010 dengan objektifnya memberi perkhidmatan ukur untuk kejuruteraan awam.
Ketika ini KURBINA ADVENTURE ber ibupejabat di :-
Lot 1.02B, 1st Floor,
Golden Centre Putatan,
88200 Putatan, Sabah.
Syarikat ini adalah 100% milik penuh bumiputera dan ianya dibantu oleh sekumpulan individu professional yang muda lagi dinamik yang bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggung jawab bagi memastikan penyiapan kerja yang berkualiti.
MASLI BIN ABDULLAH
Mempunyai pengalaman yang luas sebagai Jurukur semenjak tahun 1975. Pernah berkhidmat dan diberi peranan mengetuai Kumpulan Ukur di beberapa syarikat jurukur tanah berlesen antaranya Ukur Projek Rakanan Sdn. Bhd., Goh Brother Sdn. Bhd. dan Majigoh Survey Consultant.
Pengetahuan lapangan, integriti dan displin bekerja beliau di dalam bidang pengukuran membolehkan beliau kekal lama dan mendapat kepercayaan syarikat-syarikat yang pernah beliau berkhidmat.
Kebanyakan projek-projek besar di seluruh daerah Sabah mempunyai sumbangan khidmat beliau dalam bidang pengukuran sejak beliau berkhidmat di bawah Jurukur Berlesen tersebut.
Pada tahun 2010 beliau membuat keputusan untuk membuat perkhidmatan ukur secara freelance. Menjadi guru dan penunjuk ajar kepada anak-anak dan kakitangan baru beliau di dalam bidang pengukuran. Melalui khidmat freelance berdaftar atas nama KURBINA ADVENTURE beliau lebih berkeupayaan memberi perkhidmatan yang terbaik melalui anak didik beliau dalam bidang pengukuran.
Seorang yang tenang, berprinsip dan moral diri yang tinggi serta mempunyai idea yang pelbagai.
“ Idea into Action” dan “ Diam tidak bermakna kosong” adalah ungkapan terhadap karakter utama beliau.
ROSLI BIN ABDULLAH
Mengikuti kursus dan latihan selama 8 bulan bersama Outward Bound Australia dan sebulan bersama Outward Bound Singapore. Beliau juga memiliki Sijil IV Outdoor Recreation dari Outward Bound Australia dan Sijil-sijil Kemahiran dalam bidang Kayaking, Risk Assessment dan Artificial Climbing. Memegang jawatan sebagai Training Manager dan Ketua Unit Skills and Character Development di Outward Bound Sabah selain tugas rasmi sebagai Advanced Instructor. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang berkaitan aktiviti luar dan merupakan penasihat dan pengajar dalam bidang teknikal dan keselamatan terutamanya kerja-kerja yang memerlukan ekpedisi. Memiliki diploma dalam pengajian komputer.
SHAIRY BIN MASLI - SURVEYOR
Mempunyai 7 tahun pengalaman dalam bidang ukur tanah. Terlibat dalam bidang ukur tanah dan jurukur pembinaan (perumahan dan jalan raya). Antara kerja-kerja pembinaan yang disertainya ialah pembinaan bangunaan baru tentera laut k.d Sri Tawau (Tawau), pembinaan Loji Rawatan Air Kelabakan( Tawau), pembinaan bangunan gudang stor Sepanggar (Sepanggar bay), pengukuran laluan tenaga letrik Kibabaig (Penampang), bangunan pejabat 5 tingkat Sadong Jaya (Sadong, Kota Kinabalu), pengukuran sungai bagi permohonan mengambil pasir Sungai Klagan (Pamol, Telupid) dan Direct Surveyor untuk Pembinaan Terminal Minyak Kimanis(SOGT) dibawah naungan (Samsung Engineering(M) Sdn Bhd).
MARIUS BIN DONSILIN - SENIOR SURVEYOR
Mempunyai pengalaman yang luas sebagai jurukur semenjak tahun 1995. Pernah berkhidmat dengan Syarikat Perintis dan Jurukur Perunding Teknologi. Antara kerja-kerja ukur yang telah dibuat ialah kerja-kerja ukur Kadastral seperti demarkasi sempadan tanah dan topografi.
MOHD SHAHREL EZUAN - FIELD SURVEYOR & LOGISTICS
Mempunyai Sijil Juruukur tahap tiga di (Geomatika Kolej), pernah berkhidmat dengan Kinsanuri Sdn Bhd. Antara kerja-kerja pembinaan yang disertainya ialah pembinaan bangunaan rumah kos sederhana 1,100 unit (Putatan Platanium Apartment,SPNB) pembinaan rumah kos sederhana 1,634 unit (Angkasa Apartment,SPNB) Darau Mengatal, pembinaan hotel bertaraf lima bintang (Royal Kinabalu. Mountain Resort and Hotel Suites) dan kini menyertai projek bersama Samsung Engineering(M) Sdn Bhd iaitu Pembinaan Terminal Minyak Kimanis Sabah Oil And Gas (SOGT).
JURUKUR LUARAN & ASSOCIATES
Registered & Licensed Land Surveyor (Under Surveyors Ordinance 1960)
Professional Hydrographer (Category A) FIG-IHO-ICA
MR NOSIUS LUARAN.
E-4-6, Tanjung Aru Plaza,
Jalan Mat Salleh,
88100 Kota Kinabalu,
Sabah.
JURUKUR SWASTA SDN BHD
Registered & licensed Land Surveyor
ROBERT CHUNG HON CHEONG
B. Sc, M.N.Z.I.S. ,F.I.S., (M).,
Licensed Surveyor.
2nd Floor, Blok D,
Lrg Singgah Mata 1,
Asia City,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah.
PERKHIDMATAN UKUR
Setiap kerja-kerja pembangunan dan infrastruktur seperti pembinaan bangunan- bangunan, kilang, perumahan dan jalan raya memerlukan perkhidmatan ukur bermula dari penetapan sempadan (boundary survey) dan kemudian pencucian kawasan dan kerja-kerja tanah (site clearing and earthwork) dan seterusnya proses pembinaan yang memerlukan khidmat ukur bagi memastikan setiap pekerjaan mematuhi spesifikasi dan ketetapan yang dikehendaki.
Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan ukur kejuruteraan, kami menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
I) Menyediakan pasukan-pasukan ukur untuk mengawasi setiap projek pembinaan.
II) Membuat kerja-kerja ukur tanah dan pembinaan seperti ukur kadastral dan ukur topografi dengan mendapat kerjasama dari Jurukur Tanah Berlesen (Majigoh Survey Consultant Sdn. Bhd.) bagi pekerjaan ukur yang memerlukan pengesahan dari Jurukur Tanah Berlesen.
Antara kerja-kerja ukur yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a) Segala kerja ukur yang berkaitan dengan pembinaan dan tanah.
b) Penetapan sempadan (boundary survey).
c) Penandaan kedudukan bangunan-bangunan, jalan raya dan segala yang berkaitan dengan infrastruktur (setting-out).
d) Mengawasi ketegakan bangunan-bangunan (verticality).
e) Mengawasi proses pembinaan seperti ukuran-ukuran struktur bangunan.
f) Pencarian batu-batu sempadan.
g) Memberi kedudukan aras (level) untuk tanah dan bangunan.
h) Penandaan cerucuk-cerucuk bangunan samada di daratan atau di atas air (raked piling)
i) Membuat ‘as built’ untuk kerja-kerja pembinaan.
PERKHIDMATAN AKTIVITI LUAR
KURBINA ADVENTURE juga merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di dalam perkhidmatan
Antara bidang kerja yang dilakukan ialah:
a) Mengadakan aktiviti ‘team building’ untuk sekolah-sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi, kelab-kelab syarikat, NGO dan agensi kerajaan.
b) Mengadakan latihan ekspidisi (negara tropika & sejuk) beserta praktikal.
c) Mengadakan latihan asas mendaki dan memanjat dinding pendakian (climbing and abseiling).
d) Mengendalikan program yang direka khas - eksplorasi, recce works & extreme adventure
e) Menjual dan memberi kemudahan penyewaan barang-barang asas untuk ekspidisi dalam hutan seperti khemah, buaian, dapur masak, beg kembara, kompas, lampu penyuluh dan lain-lain.
A) MAKLUMAT PERIBADI
Nama : Masli Bin Abdullah
Alamat Tetap : Lot 1.02B, 1st Floor,
Golden Centre Putatan,
88200 Putatan, Sabah.
No. Telefon : 019- 820 1847
010- 956 7247
No. MyKad : 580625-12-5473
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 25hb Jun 1958
Tempat Lahir : Lok Kawi
Agama : Islam
Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
Status Perkahwinan : Berkahwin
Tahap Kesihatan : Baik
Bahasa : Bahasa Malaysia
English
B) LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
1975 : Sekolah Menengah Kebangsaan Likas,
Malaysian Certificate Education (MCE)
C) PENGALAMAN BEKERJA
Ogos 2010 – kini : Pengurus/Ketua Jurukur
Kurbina Adventure
Lot 1.02B, 1st floor,
Golden Centre Putatan,
88200 Putatan, Sabah.
Jun 2009 - 2010 : Ketua Jurukur Sri Tanko
Projek yang telah disiapkan: Membina Loji Air Kalabakan di Tawau, Sabah.
Tugas dan tanggungjawab : Ketua bahagian ukurtanah untuk projek, mengurus dan memantau kerja-kerja sukat tanah.
Berkaitan dengan bidang kuasa dan perunding terutamanya Jabatan Ukurtanah dan menghadiri mesyuarat koordinat.
Jun 2006 – Jun 2009 : Jurukur dan Penyelia Tapak bagi Ultimate Group Sdn. Bhd.
Projek yang telah disiapkan :
1) Pembinaan 42km Jalan Sukau Kinabatangan untuk JKR Sabah.
2) Pembinaan Kompleks Sukan Sandakan dan lain-lain kemudahan.
Tugas dan tanggungjawab :
Bertanggungjawab ke atas pembinaan bangunan dan lain-lain kemudahan.
Menyelia pemasangan kerja-kerja luaran akhir boling padang dan padang hoki.
Berkaitan dengan bidang kuasa dan perunding.
September 1990 – Jun 2005 : Jurukur bagi Ukur Projek Rakanan Sdn. Bhd.
Projek yang telah disiapkan :
Membina kilang papan kayu lapis AOKAM Perdana di Keningau, Sabah.
Tugas dan tanggungjawab :
Bertanggungjawab ke atas penandaan cerucuk bangunan dan lain-lain kemudahan.
Berkaitan dengan bidang kuasa dan perunding.
Membuat pengukuran cerun-cerun runtuh seluruh Sabah.
Membuat pengukuran Jalan Keningau - Sepulut.
Membuat pengukuran Jalan Semporna- Kunak.
Membuat pengukuran Jalan Semporna – Mentilitip untuk Tentera Laut.
Membuat pengukuran Jajaran Hydro Lahad Datu ke Semporna.
Membuat pengukuran Jajaran Hydro Sepanggar - Kudat.
Membuat pengukuran projek KKIP.
Membuat pengukuran tapak dan projek sekolah Luar Bandar seluruh Sabah.
Membuat pengukuran Jalan Kota Marudu ke Marak Parak Ranau.
Membuat pengukuran saluran najis seluruh Bandar Tawau.
Membuat pengukuran baik pulih Kem Tentera Lok Kawi.
Mei 1985 – Januari 1990 : Jurukur / Supervisor Goh Brother Sdn. Bhd.
Projek yang telah disiapkan :
Mini Hydro Ranau, Jalan Lahad Datu –
Tugas dan tanggungjawab :
Mengawasi ketegakan bangunan-bangunan. (Layout Verticality Alignment, Horizontally Alignment, Base on plan)
April 1975 – Februari 1985 : Pembantu jurukur Gregory Chin Association, P.o box 1125,
Kota Kinabalu.
Alat – alat Ukur yang Digunakan Ketepatan
Topcon AT G6 (Aras) - 2 unit -
Topcon GTS 226 (Total Station) 1”
Topcon GTS 239 (Total Station) 1”
d) SOKKIA (Theodolite) 5”
Lain- lain peralatan sendiri:
Aras
Topcon AT G6 – 2 unit
Total Station
Topcon GTS 226
Topcon GTS 239
SOKKIA Theodolite
D) REFERENCES
1) IR R Wong Toon Wah
Managing Director
Ukur Projek Rakanan Sdn. Bhd.
Lot 27, 2nd floor, Block C Heritage Plaza, Jalan Lintas 88300 Kota Kinabalu,
p.o box 23003, Luyang Post Office 88790 Kota Kinabalu, Sabah.
Telefon: 088-729115
2) Mojigoh Surveying Consultants Sdn. Bhd. (Registered and Licensed Land Surveyor)
P.O Box 13158, 88835 Kota Kinabalu.
Telefon: 088-721171, 721175
salam..sharing yg bagus sekali ..nice blog..bgus sbnrnya bidg ni..peluang keje byk jer selagi ade org nak ukur tanah..selagi bangunan dibina selagi tulah keje ni ade..pd adik2 yg nak taukan psl bidg geomatik/land surveyor ni kan bole wsp mdm terangkan 011-16930576..
ReplyDelete